Soalan Yang Sering Ditanya

Attachments


No Malay Version
1 Apakah esukan.gg?
Esukan.gg adalah salah satu inisiatif di bawah seliaan Kementerian Belia & Sukan bertujuan untuk membina, mengatur, dan mengurus pertandingan-pertandingan untuk pemain permainan komputer, telefon mudah alih atau permainan konsol. esukan.gg memberikan pengalaman e-sukan dan merupakan pelantar yang membantu pemain permainan mencari kejohanan untuk bertanding.
2 Adakah ia mengenakan sebarang kos untuk mendaftar esukan.gg?
Mendaftar untuk esukan.gg adalah 100% percuma.
3 Adakah maklumat pendaftaran saya dilindungi sepenuhnya?
Ya, maklumat pendaftaran anda dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010, Malaysia.
4 Bagaimana cara untuk saya mendaftar sebagai Pemain?

Langkah 1: Tekan butang Daftar percuma (Pemain)
Langkah 2: Isikan maklumat yang diperlukan and tekan 'Daftar Sekarang' untuk meneruskan
Langkah 3: Emel pengesahan akan dihantar kepada anda. Tekan 'sahkan emel' untuk pengesahan emel
Langkah 4: Setelah emel anda disahkan, teruskan log masuk di esukan.gg
5 Saya tidak menerima emel pengesahan lagi, apakah yang patut saya lakukan?
Tolong hantarkan emel kepada [email protected] dan isunya akan diperbaiki.
6 Bagaimanakah akaun saya akan disahkan?
Akaun anda akan disahkan menggunakan NRIC (Nombor Kad Pengenalan Negara atau IC).
7 Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai Penganjur Acara?
Langkah 1: Tekan butang Daftar percuma (Penganjur Acara)
Langkah 2: Isikan maklumat yang diperlukan dan tekan 'Daftar Sekarang' untuk meneruskan
Langkah 3: Emel pengesahan akan dihantar kepada anda. Tekan 'sahkan emel' untuk mengesahkan emel
Langkah 4: Setelah emel anda disahkan, teruskan log masuk di esukan.gg
8 Bagaimanakah saya dapat menambah ahli kumpulan saya untuk membentuk skuad?
Kejohanan akan aktif dengan SEMUA ahli kumpulan memenuhi kriteria yang dinyatakan di bawah:
  • Ahli berdaftar esukan.gg
  • Salinan Kad Pengenalan (NRIC) telah dimuat naik dan disahkan
  • Nombor telefon telah disahkan


Langkah 1: Log masuk di laman sesawang dan tekan 'Kejohanan'
Langkah 2: Pilih permainan yang anda berminat untuk sertai dengan menekan ikon permainan
Langkah 3: Tekan butang 'Sertai Kejohanan' untuk mengisi maklumat kumpulan anda (pengesahan emel berjaya) dan tekan hantar
Langkah 4: Tunggu kelulusan Penganjur Acara
Langkah 5: Keputusan penyertaan penubuhan skuad sama ada lulus atau gagal akan dipaparkan di dalam Ruang Notifikasi di Profil Pengguna
9 Siapakah yang akan meluluskan permohonan sebagai ahli kumpulan?
Kelulusan sebagai ahli kumpulan akan dikendalikan oleh Penganjur Acara.
10 Bolehkah saya menukar nama kumpulan?
Tidak, anda tidak dibenarkan menukar nama kumpulan setelah ia didaftarkan.
11 Bolehkah saya menukar nama pengguna dan kata laluan saya?
Anda boleh menukar kata laluan tetapi TIDAK nama pengguna anda.
12 Bolehkah saya menyertai lebih dari 1 kumpulan?
Tidak, anda tidak dibenarkan menyertai lebih dari 1 kumpulan untuk setiap kejohanan. Walau bagaimanapun, anda dan kumpulan anda boleh menyertai kejohanan lain serentak.
13 Di manakah saya dapat melihat peraturan-peraturan Kejohanan?
Setiap peraturan kejohanan dipaparkan di dalam 'Peraturan-Peraturan' di Halaman Kejohanan.
14 Siapakah yang layak mendaftar esukan.gg?
Semua warganegara Malaysia layak untuk mendaftar.
15 Siapakah yang layak untuk menyertai kejohanan?
Rakyat Malaysia yang berumur 14 tahun dan ke atas layak untuk menyertai kejohanan.
16 Bolehkah saya memadam akaun saya dan membuat akaun baru untuk menyertai semula kumpulan yang sama?
Tidak, anda tidak boleh memadam akaun anda dan mambuat akaun baru kerana setiap akaun berhubung dengan NRIC anda.
17 Saya telah mendaftar untuk kejohanan, tetapi saya tidak lagi ingin bermain. Bolehkah saya memadam akaun saya?
Anda boleh menarik diri dari kejohanan dengan menghubungi khidmat pelanggan kami di [email protected]. Sekiranya anda ingin mendaftar semula atau memadam akaun pengguna anda di dalam esukan.gg, anda boleh hubungi khidmat pelanggan kami di [email protected] untuk bantuan lebih lanjut.
18 Saya terlupa/hilang kata laluan saya
Sila tekan butang 'Lupa Kata Laluan' untuk menetapkan semula kata laluan anda.
19 Apakah yang akan berlaku sekiranya saya disekat?
Sekiranya anda disekat, anda tidak boleh meneruskan penyertaan di dalam kejohanan.
20 Apakah yang patut saya buat jika saya menghadapi masalah teknikal?
Sekiranya anda mengalami gangguan teknikal semasa kejohanan, anda boleh menghubungi penganjur acara. Walau bagaimanapun, untuk isu Laman Sesawang atau Servis anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami di [email protected].
21 Mengapakah permohonan saya untuk akaun esukan.gg ditolak?
  • Salinan NRIC/IC tidak dilampirkan di dalam permohonan
  • Nombor pada NRIC/IC tidak jelas
  • Kesemua 12 digit pada NRIC/IC tidak kelihatan
  • Hanya bahagian Gambar NRIC/IC dikemukakan
  • Pantulan denyar kamera pada NRIC/IC menghalang kejelasan nombor NRIC
  • NRIC rosak
  • Kualiti NRIC buruk
  • NRIC/IC yang dimasukkan tidak selari dengan NRIC/IC yang dimuat naik

Ingin banyak lagi?

Menangi pelbagai hadiah hanya dengan mengikuti kami

Dibawa kepada anda oleh:

© 2024 Esukan.gg